fbpx

Glomac catat untung RM78.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FD Iskandar

PETALING JAYA – Glomac Berhad hari ini mengumumkan hasil belum diaudit sebanyak RM78.4 juta bagi suku kedua tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 April 2023 (TK2023), berbanding RM75.4 juta yang dicapai pada suku sama TK2022.

Keuntungan sebelum cukai berjumlah RM17.5 juta, manakala keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat (PATMI) adalah RM11.8 juta.

Dalam tempoh enam bulan TK2023, hasil Kumpulan meningkat 38 peratus kepada RM143.9 juta berbanding RM104.2 juta tahun sebelumnya. Glomac melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM25.4 juta, manakala PATAMI meningkat 28 peratus kepada RM17.0 juta.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar berkata, strategi pembangunan Kumpulan kekal tertumpu pada segmen pasaran pertengahan.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan aktiviti pembangunan dengan pengurusan serta kedudukan kewangan yang kukuh, dan projek pembangunan berpotensi dianggarkan bernilai sekitar RM8 bilion yang tertumpu di kawasan Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Glomac merancang untuk melancarkan projek baharu bernilai RM510 juta pada separuh kedua TK2023, merangkumi penampilan sulung Greentec Puchong, sebuah projek pembangunan kediaman bersepadu seluas 15.3 ekar (6.19 hektar) dengan jumlah anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.57 bilion.

Fasa awalnya, yang dijadualkan dilancarkan pada suku tahun keempat TK2023, akan merangkumi kediaman jenis SoHo (small office/home office) dan pangsapuri servis dengan anggaran GDV sebanyak RM340 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI