fbpx

Wanita atasi lelaki dalam pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 104 graduan dalam pelbagai bidang dan 13 orang penerima Anugerah Graduan Terbaik tahun 2021 pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI), yang mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi peluang dan penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan, serta penguasaan politik menunjukkan purata skor 0.707 pada 2021, iaitu 0.7 mata peratus lebih rendah berbanding 0.714 pada 2020.

Menurut Jabatan Perangkaan, skor dengan nilai 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.060, manakala sub-indeks kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.960, diikuti sub-indeks peluang dan penyertaan ekonomi (skor 0.709). 

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita di Malaysia masih rendah iaitu 55.5 peratus pada 2021 jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Lao PDR (74.8%) dan Cambodia (74.0%).

“Sementara penguasaan politik mencatat skor terendah iaitu 10.0 peratus (skor 0.100) yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam jawatan menteri dan parlimen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Uzir menambah, berdasarkan kepada skor MGGI 2021, Malaysia berada di kedudukan ke-80 daripada 146 negara di dunia dan kedudukan kesembilan dalam kalangan negara Asia Timur dan Pasifik.

“Kita mendahului Vietnam, Indonesia, Cambodia dan Jepun meskipun masih di belakang New Zealand, Filipina, Australia dan Singapura,” jelasnya.

Berdasarkan negeri pula, tiga negeri yang mencatatkan skor tertinggi pada tahun 2021 ialah Kuala Lumpur dengan skor 0.842, Putrajaya (0.762) dan Melaka pada skor 0.761.

Terdapat tujuh negeri yang merekodkan skor di bawah paras kesaksamaan nasional iaitu Sabah, Kedah, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI