fbpx

[VIDEO] ‘Saya sangka dah nak meninggal dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Pronton Wira dipandu Maizatul selepas merempuh sebuah lori di Lebuh AMJ di Kandang, Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang peniaga kek lapis berselisih ajal apabila terselamat meskipun kereta yang dipandu remuk selepas merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin di Kandang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa, Maizatul Mad. Said, 49, yang memandu kereta jenis Proton Wira hanya luka ringan di tangan dan kaki.

Menurut Maizatul, dia sempat melaungkan Allahuakhbar selepas kereta dipandunya gagal dikawal sehingga melanggar belakang sebuah lori.

“Sewaktu kejadian, saya nampak bucu lori sudah hampir dengan kereta. Saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sebelum dengar bunyi seperti tin kemek apabila bumbung kereta merempuh lori.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah selepas buka mata, tangan masih berada di stering, saya mampu bangun dan keluar sendiri walaupun keadaan kereta sudah lumat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, ibu anak satu itu memberitahu, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari arah Jasin menghala ke bandar Melaka.

“Saya ingin ke Klebang untuk berniaga selepas menghantar anak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin.

“Saya memandu di belakang lori, apabila sampai di lokasi kejadian, lori tersebut ingin membuat pusingan U menyebabkan saya hilang kawalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati lori tersebut membuat pusingan U di kawasan dibenarkan.

“Ketika membuat pusiangan U, tiba-tiba lori itu dilanggar kereta mangsa menyebabkan pemandunya mengalami luka kecil di tangan dan kaki,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI