fbpx

Santuni petugas barisan hadapan, penduduk di Pulau Mabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaafar (tiga dari kiri) menyerahkan cek berjumlah RM35,000 melalui pelancaran Tabung Dana Infaq Jariah Keluarga HASiL kepada Mudir Madrasah Islamiah Kampung Pulau Mabul Semporna, Ustaz Morshid Harun (empat dari kanan) baru-baru ini

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Kor Penyelaras Pasukan Beruniform (KPPU) melaksanakan Program Retreat 2.0 & CSR 3.0 KPPU HASiL Kasih Prihatin bagi menyantuni pasukan barisan hadapan bagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pasukan Polis Marin serta penduduk di sekitar Madrasah Islamiah Kampung Pulau Mabul Semporna, Sabah pada 25 November lalu.

HASiL dalam kenyataannya memaklumkan, program anjuran KPPU dengan kerjasama Pejabat Pengarah Negeri Sabah (PPNS) dan Cawangan HASiL Tawau membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab keluarga HASiL tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai langsung semata-mata.

Katanya, malah pihak tersebut turut membantu masyarakat serta pasukan petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara.

“Program ini merupakan kesinambungan daripada Program CSR HASiL Kasih Prihatin yang diadakan sebelum ini. Kali ini sumbangan yang telah disampaikan iaitu makanan dan barangan keperluan pantri kepada ESSCOM di Bohey Dulang, Pos Pulau Sibuan dan Pasukan Polis Marin di pos Pulau Mabul serta anak-anak sekitar Mabul.

“Selain itu, sumbangan wang tunai berjumlah RM35,000 melalui pelancaran Tabung Dana Infaq Jariah Keluarga HASiL bagi membiayai kos pengurusan serta pembiayaan gaji untuk tiga guru di Madrasah selama satu tahun.

“Seterusnya, sumbangan peralatan sukan merangkumi bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan sepak takraw bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda di Kampung Pulau Mabul serta penyerahan sebanyak 343 buku agama untuk pengajaran dan pembelajaran guru dan murid bagi tahun satu hingga enam di madrasah,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPPU HASiL telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas ESSCOM di Pulau Bohey Dulang bahawa HASiL merupakan agensi pertama yang mengadakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) seumpama ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) merangkap Komandan KPPU HASiL berkata, Datuk Mohd. Jaafar Embong berkata, pihaknya amat komited
meneruskan usaha menyantuni rakyat Malaysia melalui pelbagai bantuan menerusi inisiatif CSR di samping membantu meringankan beban golongan masyarakat B40 serta melahirkan warga kerja HASiL yang prihatin.

Ujarnya, HASiL sentiasa akan melaksanakan fungsi dan peranannya secara adil, profesional dan berintegriti sekali gus meningkatkan kutipan cukai negara agar hasilnya akan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI