fbpx

Piala Dunia: Jerman mampu tarik nafas lega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FULLKRUG (tengah) menyelamatkan maruah Jerman apabila meledak gol penyamaan ketika mereka mengikat Sepanyol 1-1 awal pagi semalam. – AFP

AL KHOR – Jaringan lewat permainan menerusi pemain gantian, Niclas Fullkrug membolehkan Jerman terus menghidupkan harapan selepas ter­ikat 1-1 menentang Sepanyol pada aksi kedua Piala Dunia Qatar 2022 awal pagi semalam.

Biarpun Jerman sangat memerlukan kemenangan pada aksi berkenaan, keputusan seri itu sekurang-kurangnya masih mengekalkan skuad kendalian Hansi Flick tidak termasuk dalam senarai pasukan yang sudah boleh berkemas untuk pulang.

Bagaimanapun, kedudukan mereka masih lagi getir apabila menghuni tangga tercorot sai­ngan Kumpulan E dengan me­ngutip satu mata selepas Costa Rica melakar kejutan menewaskan Jepun 1-0 kelmarin.

Pada aksi tersebut, Jerman terlebih dahulu ketinggalan apabila pemain gantian Sepanyol, Alvaro Morata menyambut baik hantaran lintang Jordi Alba untuk meletakkan pasukan itu di hadapan.

Jerman kemudian berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Antonio Rudiger, namun dibatalkan ekoran pemain itu berada pada kedudukan ofsaid sebelum Fuellkrug menyelamatkan maruah Die Mannschaft dengan gol penyamaan pada minit ke-83.

“Kami masih mempunyai ­ruang untuk membaiki beberapa kesilapan, tetapi kami berharap semuanya akan menjadi sempurna pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti,” kata Fullkrug.

Sementara itu, pengendali Jerman, Hansi Flick mengakui berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh para pemainnya untuk memastikan mereka terus kekal dalam saingan dan memburu slot ke pusingan 16 pasukan terbaik.

“Kami berjaya mengekalkan tahap permainan dan saya gembira melihat mentaliti para pemain pada perlawanan ini. Ia adalah perlawanan yang berintensiti tinggi.

“Ia adalah perkara yang kami mahu lihat diberikan oleh pasukan ini, tetapi ini adalah langkah pertama. Kami mahu melihatnya lagi pada aksi berdepan Costa Rica nanti,” jelas Flick.

Bagi mengelak peristiwa hitam 2018 berulang apabila ter­singkir di peringkat kumpulan, Jerman tidak mempunyai pilihan kecuali menewaskan Costa Rica pada aksi terakhir sambil berharap Jepun gagal menewaskan Sepanyol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI