fbpx

Penyokong Ghana ‘troll’ penyokong Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu dirakam berpaling ke arah penyokong Korea Selatan sebelum membuat isyarat 3-2 menggunakan jarinya. - sportbible

DOHA, Qatar –  Seorang peminat bola sepak dari Ghana mengejek penyokong Korea Selatan selepas pasukannya menjaringkan gol semasa perlawanan antara dua negara itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pasukan bola sepak Ghana, Black Stars meraih mata pertama dalam kejohanan itu Isnin lalu menerusi kemenangan 3-2, hasil jaringan tunggal Mohammed Salisu dan dua jaringan gol Mohammed Kudus.

Detik mendebarkan dirasai penyokong Ghana sebelum Kudus menjaringkan gol penentuan setelah Korea Selatan berjaya menjaringkan dua gol sekali gus menyamakan kedudukan.

Selepas Mohammed Kudus menjaringkan gol keduanya (penamat), seorang penyokong Ghana dirakam meraikannya di hadapan sekumpulan penyokong pihak lawan yang duduk di barisan belakang.

Lelaki itu menjerit dan memberi isyarat ke arah penyokong Korea Selatan, mengangkat selendang dan memberikan isyarat 3-2 menggunakan jarinya.

Dia juga didakwa menjerit: “Kami boleh memenangi kejohanan ini!”

Telatah lelaki itu bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang provokasi daripada penyokong Korea Selatan yang tersenyum hambar di hadapannya, sambil cuba untuk terus menonton perlawanan.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Ghana dalam kejohanan itu sejak tewas di tangan pasukan Amerika Syarikat (AS) pada masa tambahan semasa pusingan 16 terbaik pada Piala Dunia 2010.

Keputusan itu turut meningkatkan peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan tahun ini, setelah tewas pada aksi pembukaan kepada Portugal. 

Kemenangan ke atas Uruguay dalam perlawanan terakhir mereka pada Jumaat ini akan menjamin kemaraan Ghana. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI