fbpx

Malaysia tenang berdepan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara mara ke pentas final Piala Dunia Sepak Takraw Istaf 2022 untuk berdepan musuh tradisi Thailand hari ini.

PASUKAN Sepak Takraw negara kembali dengan semangat baharu apabila berjaya melangkah ke pentas final Piala Dunia Sepak Takraw Istaf 2022 di Daejeon, Korea Selatan selepas menumbangkan pasukan tuan rumah kelmarin.

Kemenangan tersebut sekali gus berjaya mengubati kekecewaan pasukan negara selepas ‘dilibas’ Korea Selatan pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 pada Julai lalu.

Hasil kemenangan ke atas Korea Selatan itu menyaksikan, pasukan kendalian Azhar Sarbini itu dijadual berdepan musuh tradisi negara, Thailand pada aksi final nanti yang berlangsung hari ini.

Pengurus skuad kebangsaan yang juga merangkap pengarah teknikal, Azhar berkata, kemenangan Malaysia ke atas Korea 21-11, 21-15 adalah tanda positif kebangkitan regu negara kembali pada tahap terbaik.

Tambah Azhar, fokus utama mereka pada saingan itu adalah untuk membina regu terbaik sekali gus mengekalkan tiga pemain terbaik negara iaitu tekong, Mohammad Syahir Rosdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohamad Azlan Alias.

“Ketika ini semangat pemain negara mula kembali dan ia dapat dilihat pada permainan mereka sepanjang berada di sini. Saya tidak memberi tekanan kepada pemain dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pemain negara tanpa campur tangan pihak luar.

“Kesemua pemain negara yang berada di Korea ketika ini dalam momentum terbaik meskipun saya bersama mereka dalam tempoh yang singkat.

“Harapan sebenar kini untuk melangkah ke final dan kini tercapai. Saya harap pemain negara dapat melakukan terbaik kerana kita sedar lawan sebenar kita adalah Thailand.

“Apapun, saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada mereka dan percaya mereka mampu menyerap segala tekanan berdepan Thailand nanti,” kata Azhar kepada Kosmo! semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI