fbpx

Lelaki zalim tumbuk, tampar, cubit budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki tersebut mendera kanak-kanak.

PETALING JAYA – Video perbuatan zalim seorang lelaki mendera seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan dua tahun, tular hari ini dalam media sosial.

Rakaman video yang dimuat naik @isusemasaviral di Twitter pagi tadi menunjukkan lelaki terbabit menampar, menumbuk, dan mencubit mangsa yang tidak berpakaian sehingga menangis.

Walau bgaimanapun, lokasi kejadian masih belum diketahui walaupun ada yang mendakwa ia berlaku di Sabah.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai marah dengan perbuatan kasar lelaki itu yang dianggap tidak berperikemanusiaan.

“Kalau mahu mengajar pun, bukan itu caranya. Itu dah namanya mendera, mohon pihak berkuasa siasat di mana lokasi kejadian,” ciap seorang netizen.

“Budak itu diam, apa yang dia buat sampai kena macam itu sekali? Dia tidak layak dipukul sebegitu rupa,” ciap seorang netizen lain.

Sehingga kini video itu mendapat sebanyak 7,373 tontonan dan 144 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI