fbpx

Lapan rumah sewa pondok Pasir Tumboh terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghuni Pondok Terusan Pasir Tumboh melihat beberapa buah rumah terbakar dalam kejadian petang tadi.

KOTA BHARU – Kira-kira lapan buah rumah yang disewa oleh warga Pondok Terusan Pasir Tumboh di sini musnah dalam kebakaran sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika penghuni pondok berkenaan berada di masjid selepas menunai solat asar.

Setiausaha Pondok Terusan Pasir Tumboh, Ahmad Shairazi Atiqullah berkata, beliau mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh warga pondok itu.

Menurutnya, beliau ketika itu berada di pusat bandar Kota Bharu terus bergegas pulang ke pondok berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian awal, kebakaran itu melibatkan rumah persendirian yang disewa oleh warga pondok.

“Kita masih belum dapat mengenal pasti punca kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI