fbpx

Kulit kepala terkopek, Aeril Zafrel serik warnakan rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL Zafrel terpaksa menahan sakit kulit kepala menggelupas dan terkopek gara-gara melakukan teknik bleaching demi tuntutan watak dalam sebuah filem.

KUALA LUMPUR – Pelakon Aeril Zafrel mengakui serik untuk mewarnakan rambut kerana tidak sanggup menahan sakit kepala selain kulit kepala menggelupas gara-gara melakukan teknik ‘bleaching’ atau melunturkan warna asal rambut.

Ujar Aeril, 34, dia terpaksa mewarnakan rambutnya menjadi keperangan dengan melakukan teknik pelunturan warna asal rambut (bleaching) bagi menjayakan watak baharu dalam sebuah filem.

“Demi menjayakan watak itu, saya cuba-cuba mewarnakan rambut menjadi keperangan untuk lihat sama ada sesuai atau tidak. Tapi saya serik kerana tak tahan sakit kepala!

“Bukan itu sahaja, kulit kepala saya juga menggelupas dan terkopek. Ambil masa seminggu juga untuk pulih,” katanya kepada Kosmo! Online.

Meskipun begitu, suami kepada pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal itu tidak menolak seandainya dia perlu berbuat demikian sekali lagi demi menjayakan watak yang memerlukan perubahan imej.

“Saya terpaksa melalui proses yang agak teruk dan mengambil masa untuk pulih. Tapi saya tidak menolak jika perlu mewarnakan rambut untuk masa akan datang bergantung pada watak,” katanya.

Ketika disoal sama ada isterinya bersetuju dengan perubahan warna rambutnya, Aeril yang ditemui ketika majlis VIU Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini berkata, Wawa okey dan tidak ada masalah.

“Wawa okey sahaja,” jawabnya ringkas.

Sejak akhir-akhir ini, penampilan pelakon telefilem Mengharap Sebuah Keredaan itu menarik perhatian netizen dalam media sosial apabila rambutnya apa diwarnakan dengan warna yang cerah.

Biarpun rambutnya diwarnakan, namun Aeril masih mengekalkan jambang dengan warna hitam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI