fbpx

Hrithik Roshan nafi sebumbung dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HITRIK ROSHAN bersama kekasihnya, Saba.

KHABAR angin mengenai aktor sasa, Hrithik Roshan tinggal di Mannat Juhu-Versova Link Road, Mumbai bersama kekasihnya, Saba Azad hangat diperkatakan di laman sosial.

Enggan situasi semakin buruk, bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu tampil bagi menangkis desas-desus yang disifatkan sebagai berita palsu menerusi Twitter peribadinya.

“Tidak ada kebenaran dalam hal ini. Sebagai personaliti dikenali ramai, saya mengerti bahawa saya akan berada di bawah radar pemerhatian orang luar.

“Namun, sebaik-baiknya kita menjauhkan perkara yang salah dan mengelirukan seperti itu,” tulisnya sebagai penafian terhadap khabar duduk sebumbung dengan kekasihnya yang juga pelakon, Saba Azad.

Hrithik dan Saba sudah beberapa tahun bercinta, malah tidak pernah menyembunyikan hubungan mereka kepada umum apabila kerap hadir ke acara rasmi bersama-sama.

Hrithik yang bercerai dengan aktres Sussanne Khan pada 2014 bagaimanapun mengakui belum punya perancangan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dalam masa terdekat.

Saba, 37, juga sependapat dengan teman lelakinya itu. Mereka kini sedang menikmati momen bahagia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI