fbpx

Hashim Mustapha meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashim Mustapha (kanan) ketika menerima kunjungan tetamu di rumahnya di Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Hashim Mustapha, 56, meninggal dunia selepas ditidurkan beberapa hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini sebentar tadi.

Mohd. Hashim atau lebih dikenali sebagai Hashim Mustapha menghembuskan nafas di hospital itu apabila mengalami komplikasi akibat kencing manis yang dihidapinya kira-kira pukul pukul 10.25 malam.

Menantunya, Mohd. Nizab Ayub berkata, arwah meninggal dunia di sisi ahli keluarga yang lain semasa menerima rawatan di HUSM .

Katanya, jenazah Hashim Mustapha akan dikebumikan esok.

Sebelum ini, Hashim Mustapha terpaksa ditidurkan selepas mengalami masalah komplikasi kencing manis dan jantung.

Beliau juga sudah menjalani pembedahan memotong kaki kiri pada 27 Oktober lalu selepas salur darah tersumbat akibat jangkitan kuman.

Berdasarkan rekod, Hashim Mustapha merupakan penerima anugerah kasut emas Liga Malaysia selepas menjaringkan gol terbanyak pada tahun 1993 dan 1994 bersama pasukan Kelantan.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012.

Selain itu, beliau dilantik ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3 sebelum bersara daripada arena bola sepak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI