fbpx

Graduan perlu elak liabiliti kewangan di awal kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin (jubah kuning) menunjukkan isyarat bagus semasa bergambar kenangan sempena Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-17 di Pauh Putra di sini semalam

ARAU – Mahasiswa baharu bergraduasi dinasihatkan agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dan mengelak menambah liabiliti kewangan ketika di awal kerjaya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut menasihatkan agar mahasiswa supaya belajar berhemah dalam menguruskan perbelanjaan mereka selepas mendapat pekerjaan.

“Dalam menghadapi kos sara hidup semasa, mereka yang baharu sahaja bergraduat dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada menambah liabiliti di awal kerjaya masing-masing.

“Jangan kerana mahu menunjukkan bahawa anda sudah berjaya, anda perlu berhutang besar untuk membeli barangan kehendak seperti kereta mewah yang akhirnya mungkin boleh membawa kerugian kepada anda,” titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),” titah baginda hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan sidang kelima Istiadat Konvokesyen Ke-17 UniMAP di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di sini semalam.

Tambah Baginda lagi, adalah lebih baik graduan baharu memasang impian untuk membeli rumah atau tanah terlebih dahulu kerana nilai kedua-dua aset itu semakin meningkat saban tahun.

“Tidak perlu lagi menghabiskan pendapatan anda dengan barangan berjenama sehingga menyebabkan anda terpaksa meminjam daripada orang lain.

“Belajarlah berhemah dalam perbelanjaan supaya anda memiliki simpanan mencukupi bagi menampung kehidupan sebagai persediaan andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI