fbpx

Europol rampas dadah 30 tan nilai RM14 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan 49 suspek termasuk raja dadah. -Europol

AMSTERDAM – Sebuah kartel ‘gergasi’ yang membekalkan satu pertiga daripada keseluruhan dadah jenis kokain ke Benua Eropah akhirnya berjaya ditumpaskan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Lebih 30 tan dadah dengan nilai pasaran gelap £2.7 bilion (RM14.6 bilion) telah dirampas dalam operasi yang dijalankan di Belanda, Sepanyol, Perancis, Belgium dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Agensi banteras jenayah Ke­satuan Eropah (EU) mengesahkan bahawa 49 suspek telah di­buru sebagai sebahagian daripada operasi bersepadu berkenaan. Operasi Desert Light itu turut menyasarkan enam sasaran ‘bernilai tinggi’ di Dubai. 

Dalam operasi tersebut, Polis Eropah (Europol) menyasarkan kedua-dua ‘pusat arahan dan kawalan serta infrastruktur logistik pengedaran dadah di Eropah’. 

Europol menyiarkan rakaman siri serbuan terbaharu yang berlaku antara 8 hingga 19 November lalu. Sekurang-kurangnya 30 anggota dan pegawai polis dilihat memecah masuk premis di kawasan sebuah hartanah pada waktu tengah malam.

Rakaman berasingan memaparkan beberapa lelaki dibawa keluar daripada kediaman tersebut dalam keadaan tangan mereka digari. 

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) juga bekerjasama dalam membanteras organisasi itu yang turut terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Skala import kokain ke Benua Eropah berada di bawah kawalan dan arahan suspek-suspek terbabit,” kata Europol.  Agensi itu menambah bahawa suspek-suspek menggunakan komunikasi rahsia untuk mengatur penghantaran dadah.

Belanda merupakan negara di mana kebanyakan tangkapan dibuat iaitu sebanyak 14 tangkapan pada 2021. Menurut pihak berkuasa Belanda, salah seorang suspek warga Belanda berketurunan Maghiribi yang ditahan di Dubai telah didakwa kerana mengimport beribu-ribu kilogram kokain ke negara itu pada 2020 dan 2021. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI