fbpx

Cuaca buruk hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia berkata, di bahagian Utara, seluruh Pulau Pinang dan Perlis akan berdepan dengan cuaca buruk ini, diikuti dengan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Di Perak, kawasan yang dijangka ribut petir dan hujan lebat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Situasi yang sama turut diramal di Pantai Timur melibatkan negeri Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” ujarnya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya juga diramalkan hujan lebat dan ribut petir.

Sementara itu, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka juga dijangka mengalami cuaca buruk itu diikuti dengan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Kawasan di Sarawak yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, amaran ribut petir dikeluarkan buat kawasan-kawasan Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI