fbpx

21 nyaris rentung, bas terlanggar Yamaha Y15 sebelum terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pasukan Bomba dan Penyelamat Yong Peng melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah motosikal di Kilometer 97.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), berhampiran Yong Peng, Batu Pahat, malam semalam. - Foto IHSAN BOMBA JOHOR

BATU PAHAT – Seramai 19 penumpang termasuk seorang pemandu bas serta seorang penunggang motosikal nyaris rentung selepas kedua-dua kenderaan terbabit musnah dalam kebakaran di Kilometer 97.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd. Yusuf berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam melibatkan sebuah bas ekpress dan sebuah motosikal Yamaha Y15.

Katanya, seramai 11 anggota serta sebuah jentera LFRT, sebuah jentera EMRS dan sebuah jentera Water Tanker dari BBP Yong Peng dan BBP pagoh dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah motosikal Yamaha Y15 dan bas ekspres sedang terbakar namun semua penumpang, pemandu bas serta penunggang motosikal sudah berada jauh dari kawasan kebakaran.

“Anggota mengambil tindakan memadamkan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari water tanker sehingga api tersebut berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Asyraf lagi, anggota juga memberikan rawatan awal kepada penunggang motosikal yang cedera sebelum dirujuk ke hospital berdekatan.

Ujarnya, kedua-dua kenderaan terbabit terbakar kira-kira 90 peratus sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.50 malam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI