fbpx

Jari berinai, Safawi, Syifa Melvin nikah sebentar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN bola JDT, Safawi Rasid akan bernikah dengan kekasih, Syifa Melvin petang ini di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya. - Foto TikTok.

PETALING JAYA – Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan yang juga merupakan seorang pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin sebentar lagi.

Tular dalam TikTok pasangan tersebut sudah selesai acara malam berinai malam tadi seraya menyaksikan mereka tersenyum menunjukkan tangan mereka yang siap berinai.

Meskipun tidak melayangkan sebarang jemputan kepada media, difahamkan, majlis pernikahan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada pukul 7 malam sehingga 11 malam ini, dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Semalam, Syifa ketika dihubungi Kosmo! Online mengharapkan orang ramai tidak terlalu menguar-uarkan tentang majlis pernikahannya dengan pemain sayar kelab JDT itu.

“Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu juga masih dengan pendirian tidak mahu mengiyakan mahupun menidakkan perihal terbabit namun mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” katanya lagi.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir juga sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 dikatakan milik Syifa dan Safawi yang diterima Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI