fbpx

Budaya pop popularkan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penglibatan artis dalam dunia politik telah melonjakkan populariti ahlinya.

DEMAM PRU (Pilihan Raya Umum), demam menghitung hari tunggu PM (Perdana Menteri) baharu, demam bola, Piala Malaysia, demam GV9 (Gegar Vaganza musim kesembilan), semua sudah kebah – sudah meleraikan sebuah jawapan.

Suka atau tidak kita semua dengan ‘ubat’ segala demam itu terserah kepada pemerhati sekalian. Itu tugas dan hak kalian, cita rasa kita kerana dalam setiap perkara semua ada bahagian tersendiri.

Cuma sebagai pemerhati ataupun subjek yang diperhatikan, banyak perkara harus diperhalusi.

Dalam banyak demam yang merasuki kita rakyat Malaysia, topik selebriti dan politik rasanya masih ada ruang yang boleh dikupas.

Kecenderungan artis dan politik berlangsung di mana-mana termasuk Indonesia, India dan Amerika Syarikat. Nama-nama seperti Rano Karno, Mulan Jamee, Krisdayanti, Pasha Ungu, Amitabh

Bachchan, Gaya Bachchan, Arnold Schwarzenegger antara bintang yang kita kenali sebagai artis kemudian menjadi politikus.

Kemunculan nama selebriti Datuk Seri Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi dalam Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Pejuang dalam PRU15 yang bertanding di beberapa kawasan, Sabak Bernam, Port Dickson dan Tanjung Karang walaupun kalah teruk, tetap memberi sedikit populariti kepada Pejuang,

Pada akhirnya, selebriti hanya tetap dilihat api yang menyemarakkan kisah politik negara. Buat masa ini, kalau pun Datuk Seri Nurhaliza tiba-tiba mahu bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Parlimen, tiada jaminan untuk beliau menang.

Populariti dan pengaruh artis di Malaysia hanya terbukti sebagai peniaga atau lebih tepat lagi usahawan berjaya. Juallah apa sahaja waima inai yang selama ini ‘apa tu’ orang tak peduli nak pakai inai pun kecuali malam berinai tetapi rebutan bila dijual oleh artis.

Juallah jeruk mangga pun, peminat akan beli. Namun, jika undi yang ‘dijual’, belum pasti.

Senario kemaraan golongan selebtriti masuk bertanding dalam pilihan raya dimulakan dengan Abu Bakar Elah yang mencalonkan diri sebagai calon Bebas DUN Kuamut, Sabah pada PRU11, diikuti nama-nama seperti Herman Tino, Dayangku Intan dan Aishah, namun tidak ada yang beri impak, kecuali Datuk Dira Abu Zahar yang berjaya menjadi Yang Berhormat, mendapat kepercayaan masyarakat setempat hasil keseriusan dan sokongan ‘DNA’ warisan daripada arwah bapanya juga bekas Ketua Menteri Melaka.

Selebihnya, penglibatan artis dalam parti politik dan PRU tidak lebih daripada sekadar mempopularkan parti bertanding. Untuk kali ini, mungkin nama pelakon, penerbit Hans Isaac serta rakan-rakannya Afdlin Shauki dan Altimet boleh dikecualikan.

Sumbangan mereka terhadap jentera parti PKR boleh dilihat. Altimet contohnya bukan hanya mencipta lagu ‘semboyan’ membakar semangat PKR dan Pakatan Harapan (PH) lirik, ‘hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun’ menerusi lagu Aduh Malaysia, tetapi turut bergelar Ketua PKR Ampang. Tidaklah mereka sekadar palu canang dalam media sosial. Tidak juga mengejut tiba-tiba bertanding.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI