fbpx

Atlet ATM dominasi hari terakhir ATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMOTIUS (tengah) dinobatkan sebagai pemenang kategori OD (20 hingga 30 tahun) selepas menamatkan saingan dalam tempoh dua jam 10 minit 27 saat pada ATC 2022 semalam.

ATLET Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Timotius Ahimo melakukan kejutan apabila muncul juara kategori Olympic Distance (OD) lelaki pada Piala Triatlon Asia (ATC) 2022 yang berlangsung di Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak semalam.

Selepas mengharungi tiga disiplin sukan iaitu renang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal (40km) dan larian (10km), Timotius yang telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun melintasi garisan penamat dengan merakamkan catatan masa dua jam 10 minit 27 saat (s).

Tempat kedua dan ketiga bagi kategori OD lelaki (20 hingga 30 tahun) masing-masing dimenangi dua lagi wakil ATM, Mohd. Azmir Abdullah Sani (2:12:35s) dan Nazrol Hakim Che Saruji (2:12:55s)

“Saya tidak berdepan sebarang tekanan berlumba hari ini kerana wakil daripada ATM pun ramai bertanding dalam kategori ini. Jadi, kami semua hanya menikmati perlumbaan ini dan sebolehnya cuba mendapatkan masa terbaik masing-masing.

“Mungkin hari ini rezeki saya untuk muncul juara dan sudah tentu saya amat gembira dengan kemenangan ini. Tahniah juga kepada rakan-rakan ATM yang berjaya menamatkan perlumbaan dan mencatat masa yang baik,” katanya semalam.

Selain kategori tersebut, saingan OD turut melibatkan OD lelaki (31 hingga 49 tahun), OD lelaki (50 tahun ke atas).

Sementara itu, bagi saingan SD lelaki dan wanita, para peserta mengharungi cabaran renang sejauh 750 meter (m), berbasikal 20km dan larian 5km iaitu kurang separuh jarak berbanding kategori OD bagi setiap disiplin.

Kategori SD terbahagi kepada lelaki junior (16 hingga 19 tahun), lelaki (20 hingga 30 tahun), lelaki (31 hingga 49 tahun), wanita junior (16 hingga 19 tahun) dan wanita (20 hingga 30 tahun)

Pada perlumbaan tersebut, seramai 327 peserta mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori OD dan SD Sprint Distance (SD) melibatkan pelbagai peringkat umur pada hari terakhir ATC 2022 itu yang membuka tirainya secara rasmi pada Jumaat lalu.

Lebih menarik, sebanyak hampir 90 peserta dari 25 buah negara termasuk Malaysia telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan wanita elit.

Selain wakil dari Asia iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong serta beberapa peserta dari negara jiran Asia Tenggara, penganjuran ATC di Perak kali ini turut berjaya menarik penyertaan wakil Eropah.

Antaranya termasuklah Jerman, Kanada, Sepanyol, Romania, Switzerland, Slovakia dan Luxembourg selain Palestin, Guam, Afrika Selatan dan India.

Keputusan penuh

OD lelaki (20 hingga 30 tahun)

Timotius Ahimo
Mohd. Azmir Abdullah Sani
Nazrol Hakim Che Saruji

OD lelaki (31 hingga 49 tahun)

Abdul Rahman Abu Hassan (ATM)
Muhammad Syamsul Erry (ATM)
Jose Luis Larrosa (Sepanyol)

OD lelaki (50 tahun ke atas)

Matthew Deegan
Ooi Kok Keong
Cheah Soon Hock

SD lelaki junior (16 hingga 19 tahun)

Chan Ho Kwan (Hong Kong)
Tsang Wai Chun (Hong Kong)
Wan Chak Lam

SD lelaki (20 hingga 30 tahun)

Muhammad Khairil Azhar
William Chang Tzen Foong
Mohamad Nazri Afendy Tujoh

SD lelaki (31 hingga 49 tahun)

Allan Wongski
Mohd. Shahrin Hasan Sezali
Khor Ah Ba

SD wanita junior (16 hingga 19 tahun)

Koh Pao Yee
Janel Susastra
Mah Yan Xhi

SD wanita (20 hingga 30 tahun)

Jacqueline Ng
Lew Sin Yee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI