fbpx

16 penumpang cedera, bas ekspress rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas ekspres yang terlibat kemalangan merempuh treler di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Jasin, awal pagi tadi.

JASIN – Seramai 16 penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh sebuah treler membawa barangan kitar semula dalam nahas di Kilometer 179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Jasin di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md. Dawam berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota dikerjarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati sebuah bas ekspres membawa 27 orang penumpang telah telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.

“Seramai 16 daripada penumpang terlibat mengalami kecederaan dan diberi rawatan awal menggunakan tiga buah ambulans hospital, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Jasin Bestari dan dua ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya hari ini.

Penumpang bas ekspres yang cedera diberikan rawatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kesemua mangsa terlibat adalah warga Singapura dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Setiba di lokasi bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun telah hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri,” ujarnya.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI