fbpx

Ular pun nak naik pesawat juga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video para pekerja bertungkus lumus mengeluarkan seekor ular sawa daripada sebuah pesawat

PETALING JAYA – Seekor ular sawa anggaran tiga meter berjaya dikeluarkan daripada sebuah pesawat oleh para pekerja setelah menyedari kehadiran reptilia itu.

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh @MalaysiaViral, sebelum ular tersebut berjaya dikeluarkan, kelihatan para pekerja, bertungkus lumus untuk menariknya keluar dari celahan bawah pesawat itu.

Namun, lokasi lapangan terbang serta jenis pesawat penerbangan, masih tidak diketahui.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 18,300 tontonan dan 153 perkongsian.

Di ruangan komen, orang ramai berjenaka tentang ular tersebut yang juga ingin menaiki kapal terbang namun tidak mempunyai ‘dokumen yang sah’.

“Nak tumpang pergi Qatar tengok Piala Dunia,” komen seorang netizen.

“Ular itu tiada passport, sebab itu kena bawa keluar,” komen netizen yang lain pula.

Sebelum ini, pada Februari lepas sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Kuching, Sarawak susulan kemunculan reptilia itu ke dalam pesawat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI