fbpx

Tunku Mahkota Kedah selamat diijabkabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Shazuddin Ariff bersama pasangan baginda, Che Puan Nur Julie

ALOR SETAR – Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangan baginda, Che Puan Nur Julie Ariff semalam.

Baginda berdua diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman, Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali menerusi satu kenyatan kemudiannya memaklumkan, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.

“Menurut Perkara 30 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, Sultan Sallehuddin telah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.

“Sultan Sallehuddin juga telah mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan tersebut kepada Che Puan Nur Julie Ariff dengan gelaran Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff,” katanya.

Tambahnya, pangkat kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah itu berkuat kuasa serta-merta mulai semalam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI