fbpx

Piala Dunia : Mbappe bantu Perancis benam Denmark 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meledak jaringan kedua sekali gus mengatasi penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada aksi Piala Dunia Qatar 2022 hari ini. -AFP

DOHA – Juara Piala Dunia 2018, Perancis menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik selepas membenam Denmark 2-1 pada aksi perlawanan Kumpulan D di Stadium 974 sebentar tadi.

Perancis memulakan kempen Piala Dunia 2022 Qatar mereka dengan membelasah Australia 4-1 pada perlawanan pembukaan, memperagakan aksi cukup agresif ketika berdepan Denmark terutama menerusi barisan pemain terbaiknya seperti Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Ousmane Dembele dan Olivier Giroud.

Pada saingan tersebut, skuad Les Bleus dilihat tidak memberi muka kepada Denmark selepas melakukan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol lawannya itu dengan 13 percubaan pada separuh masa pertama perlawanan.

Peluang keemasan Perancis tiba pada minit ke-19 namun tandukkan deras Adrien Rabiot hasil hantaran lintang Dembele berjaya ditepis penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel.

Meskipun mendapat tekanan daripada pemain Perancis, Denmark tetap berani mencari ruang untuk melakukan serangan dan peluang itu muncul pada minit ke-35, namun rembatan deras Andreas Cornelius sedikit tersasar.

Pemain Perancis meraikan kemenangan mereka ketika menewaskan Denmark 2-1 pada aksi Piala Dunia 2022 Qatar, hari ini.

Memasuki babak kedua perlawanan, pintu gol Denmark sekali lagi diuji namun Schmeichel dilihat tenang mengawal keadaan selepas bijak menepis rembatan deras Mbappe pada minit ke-56.

Gol yang dicari-cari Perancis akhirnya muncul pada minit ke-61 menerusi jaringan cantik Mbappe sekali gus menumbangkan penjaga No.1 Denmark, Schmeichel selepas beberapa kali percubaannya dipatahkan dengan mudah.

Ketika Perancis ghairah mencari gol kemenangan, Denmark berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi Andreas Christensen yang bijak menanduk masuk untuk menewaskan Hugo Lloris.

Mbappe diangkat wira selepas terus menambah derita Denmark selepas tenang menjaringkan gol kemenangan buat Perancis sekali gus menutup perlawanan itu dengan tiga mata penuh.

Hasil kemenangan tersebut, Perancis yang meraih dua kemenangan, kini kekal tangga teratas Kumpulan D dengan mengumpul enam mata dan diikuti Australia tiga mata. Sementara itu, Denmark dan Tunisia masing-masing mengutip satu mata. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN