fbpx

Pegawai kerajaan kerja Ahad, Anwar hadiri mesyuarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Ahad hujung minggu kebiasaannya masa di rumah bersama keluarga, namun lain pula dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau bekerja dan menghadiri mesyuarat hari ini di Putrajaya.

Berikutan itu, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat turut bekerja hari ini berikutan Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Pejabat Perdana Menteri.

Berdasarkan komen-komen di media sosial, netizen memberikan pelbagai pandangan termasuk memuji Anwar datang bekerja hari ini.

“Ini dinamakan pemimpin. Dari hari pertama bertugas, kos sara hidup rakyat diutamakan dahulu walaupun belum ada Kabinet terbentuk. Semoga tuhan merahmati DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata seorang pengguna Twitter.

“Yang komen dalam ini ada tengok sidang media hari itu tak? DSAI cakap, kalau boleh (mesyuarat Ahad). Kalau tak, nanti tukar hari lain.

“Bila sudah mula, maknanya semua setuju. Benda mereka nak bincang berkenaan kos sara hidup rakyat, demi rakyat. Bukannya agenda pelik-pelik,” kata netizen yang lain.

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial pula memberitahu, nasib pegawai kerajaan tidak kira waktu perlu bekerja.

“Inilah nasib pegawai kerajaan. Dari dulu lagi Sabtu, Ahad, raya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak kira masa, kerja tetap kerja,” ujarnya.

Katanya lagi, Sabtu dan Ahad juga perlu bekerja walaupun bukan setiap minggu.

“Walaupun bukan setiap minggu, tak payah cakap Sabtu Ahad. PKP ke Covid-19 fasa mana pun kami tetap kerja,” jelasnya.

Terdahulu, pada sidang media pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar mengumumkan hari cuti umum pada Isnin iaitu esok susulan kejayaannya menerajui kerajaan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI