fbpx

Media sosial dibanjiri dengan carian maksud ‘cerakin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA- Penggunaan perkataan ‘cerakin’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media tengahari tadi meraih perhatian rata-rata pengguna media sosial.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022, Anwar menggunakan perkataan ‘mencerakinkan’ ketika berucap mengenai isu berkaitan subsidi rakyat.

Rata-rata pengguna tidak mengetahui maksud ‘cerakin’ dan meminta penjelasan disebalik ucapan yang disampaikan.

“Saya sedang mempersoalkan betapa ceteknya kosa kata bahasa Melayu yang saya tidak pernah ambil tahu selama ini, sampai kena ‘google’ maksud ‘cerakin,” ciap seorang pengguna.

Namun, buat sesetengah pengguna yang arif tentang penggunaan Bahasa Melayu, mereka berkata perkataan itu biasa digunakan lebih-lebih lagi Anwar merupakan graduan Pengajian Melayu.

“Itu bukan perkataan tinggi mana pun sebenarnya. Inilah masa untuk kita tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu,” ciap seorang pengguna.

Sementara itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di akaun Twitternya turut menciap makna ‘cerakin’ petang tadi yang bermaksud, ‘melakukan penyelidikan atau pemerhatian terhadap sesuatu’ bagi merungkai persoalan orang ramai.

Orang ramai turut berjenaka dengan berkata mereka akan menunggu penjelasan daripada DBP selepas ini untuk perkataan yang tidak difahami.

“Kalau macam ini, setiap hari ada satu makna perkataan daripada DBP,” seloroh salah seorang pengguna. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI