fbpx

Lelaki berusia 50-an ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang lemas di kawasan sungai berdekatan Flat Permai Indah, Pandamaran Jaya, Klang,

KLANG – Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui lemas di kawasan sungai berdekatan Flat Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini, hari ini.

Mangsa lelaki itu ditemui bomba kira-kira satu kilometer daripada lokasi kehilangannya pada pukul 10.30 pagi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.34 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Berdasarkan maklumat saksi, lelaki itu dilihat terkapai-kapai di sungai berkenaan sebelum hilang daripada pandangan.

“Anggota bomba kemudian bertindak menyusuri sungai itu bersama Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, hasil penyelaman anggota PPDA berjaya menemui mangsa dan membawa ke darat.

“Proses pengesahan kematian kemudian dilakukan pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI