fbpx

Busana ‘riben gergasi’ Elly Mazlein buat netizen ‘wow!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Keunikan busana yang digayakan pengacara Elly Mazlein yang seolah-olah ‘riben gergasi bergerak’ ketika konsert akhir Gegar Vaganza muzim kesembilan (GV9) mencuri perhatian penonton.

Busana dengan rona hitam dan perak (silver) itu sekali gus menjadi usikkan penonton kerana kelihatan lucu.

Malah, terdapat segelintir netizen sudah mula memberikan gelaran terhadap busana yang digayakan Elly dengan pelbagai imaginasi yang mencuit hati.

Terdapat seorang pengguna Twitter memberitahu pakaian yang dipakai Elly atau mesra disapa kak Lina Pom Pom itu sesuai digayakan untuk menjaga jarak sosial pada hari ini.

“Baju Kak Lina sesuai untuk jaga penjarakan sosial hari ini,” kata seorang netizen.

Malah, terdapat netizen menyamakan busana Kak Lina seperti sarung bantal.

“Baju Kak Lina dah macam sarung bantal!” kata seorang pengguna Twitter.

Malah Nabil selaku pengacara bersama GV9 berseloroh baju Elly seperti menu ikan bakar portugis dan menjauhi ketuhar mikro gelombang bagi mengelak daripada terbakar.

Konsert akhir GV9 malam ini menyaksikan enam bintang akan berentap untuk merebut gelaran juara.

Antara bintang yang bertanding pada malam ini ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, VE, Hazrul Nizam dan Tomok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI