fbpx

Safawi, Syifa Melvin nikah esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Syifa Melvin lebih selesa mengunci mulut tentang perkahwinannya dengan bintang bola sepak JDT, Safawi yang dikatakan akan berlangsung 3 Disember 2022 di sebuah hotel di sini.

PETALING JAYA – “Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat.”

Itu kata pelakon jelita, Syifa Melvin menjawab desas-desus berterbangan mendakwa perkahwinannya dengan kekasih yang juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bakal berlangsung 3 Disember ini.

Pemilik nama lengkap, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu juga masih dengan pendirian tidak mahu mengiyakan mahupun menidakkan perihal terbabit namun mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, ura-ura pekahwinan Syifa yang juga adik ipar pelakon Shaheizy Sam dengan Safawi melangsungkan perkahwinan sekitar awal Disember depan bertiup kencang. Perkara tersebut menjadi buah mulut selepas dikantoikan peminat menerusi rakaman video penyokong JDT menyanyikan lagu selamat pengantin baharu kepada Safawi.

Sekumpulan peminat menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai ketika menyaksikan perlawanan kelab gergasi berkenaan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad lalu.

KAD undangan perkahwinan Syifa Melvin dan pemain bola JDT, Safawi Rasid yang tular dalam media sosial.

Bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 dikatakan milik Syifa dan Safawi yang diterima Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdapat juga khabar angin mengatakan majlis pernikahan mereka (belah perempuan) akan diadakan esok (28 November) namun lokasi pernikahan terus menjadi tanda tanya ramai.

Sementara itu, Safawi menerusi TikTok juga tidak mengiyakan sama ada benar dirinya akan bernikah sebaliknya meminta orang ramai tidak mencampuri hal peribadinya.

“Kalian pasal kahwin, jangan tahulah. Bila saya nak kahwin dengan siapa apa semua.

“Ada rezeki, jodoh. Saya akan kahwin. Kalian jangan risau, nanti sahaja nanti,” katanya menerusi muat naik video TikTok.

Sebelum ini, Syifa, 28, enggan mengesahkan perkara tersebut meskipun kad undangan perkahwinannya dengan Safawi sudah tersebar dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI