KELMARIN berakhirlah penantian selama lebih dua dekad Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui tampuk pemerintahan negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10 Malaysia. Pelantikan figura berusia 75 tahun itu bukan saja meleraikan teka-teki individu yang bakal menduduki ‘kerusi panas’ tersebut selepas berlakunya fenomena Parlimen tergantung rentetan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November lalu menyaksikan tiada parti meraih majoriti mudah, tetapi turut menoktahkan perjalanan panjang Anwar selepas hilang gelaran Timbalan Perdana Menteri pada 1998, dengan kisah manis. Campur……