fbpx

Gagal culik budak sekolah kerana salah nama ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA kanak-kanak itu bermain di taman permainan sekolah sebelum dua penculik menghampiri mereka. - Stephan Stansfield /Flickr

BANGKOK – Tiga kanak-kanak di Thailand berjaya melarikan diri daripada komplot untuk menculik mereka di kawasan sekolah, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Kejadian berlaku apabila suspek seorang lelaki dan wanita memasuki pekarangan sebuah sekolah di daerah Thung Song, wilayah Nakhon Si Thammarat dan cuba menculik tiga kanak-kanak berusia lapan tahun.

Seorang budak perempuan dan dua budak lelaki memberi­tahu, kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Sekolah Wat Thamma Phadet.

Mereka sedang bermain di taman permainan sekolah berkenaan sebelum sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam memasuki kawasan itu.

Seorang wanita berambut panjang dan seorang lelaki keluar daripada kereta dan bercakap dengan mereka.

Wanita itu memberitahu ibu bapa mereka tidak dapat menjemput anak masing-masing pulang.

Oleh kerana tidak mempercayai cerita yang disampaikan, kanak-kanak itu bertanyakan nama ibu bapa masing-masing kepada suspek.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu cuba melarikan diri setelah suspek memberikan nama yang salah.

Suspek menangkap dua mang­sa dan cuba mengheret mereka masuk ke dalam SUV tetapi mereka menggigit tangannya. 

Ketiga-tiga mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan. Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian kerana rancangan mereka gagal. 

Pemangku Penguasa Balai Polis Ka Pang, Panya Aiyarakom memberitahu, pihaknya mendapati dua penculik itu turut terlibat dalam jenayah serupa di wilayah Surat Thani.

Mereka dipercayai mempunyai kad pengenalan beralamat di Bangkok.

Polis turut bertemu dengan pengarah sekolah berkenaan untuk berbincang mengenai langkah keselamatan di sekolah dan kawasan sekitarnya.

Mereka menggesa guru dan kakitangan memperketatkan pemantauan dan mengawasi pintu masuk ke sekolah setiap hari pada waktu pagi dan petang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI