fbpx

Suami isteri didakwa simpan mayat bayi dalam bekas kimci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bayi perempuan disembunyikan oleh ibu bapanya di dalam bekas kimci yang kecil selama tiga tahun. - Getty Images

SEOUL – Sepasang suami isteri di Korea Selatan ditahan kerana disyaki menyembunyikan mayat bayi perempuan mereka di dalam sebuah bekas kimci yang kecil selama tiga tahun di bandar Pocheon, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bayi itu meninggal dunia pada usia 15 bulan tetapi ibu bapanya tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kematiannya.

Perbuatan itu hanya disedari kerana mereka didapati gagal mendaftarkan bayi itu dalam senarai kemasukan ke prasekolah.

Anak mereka juga didapati kurang menjalani pemeriksaan doktor sehingga mencetuskan curiga dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan bertindak.

Namun selepas ditahan, si ibu menafikan bahawa anaknya itu telah meninggal dunia, sebaliknya mendakwa dia ditinggalkan di jalanan.

Si bapa yang berusia 29 tahun itu pula ditahan selama dua hari selepas para penyiasat menemui mayat anaknya itu di dalam bekas kimci yang hanya berukuran 34 sentimeter (sm) panjang, 24 sm lebar dan 17 sm tinggi. – Agensi 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI