fbpx

Piala Dunia: Messi ikrar bangkit tebus kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: MESSI berharap rakan sepasukannya belajar daripada kekalahan menentang Arab Saudi untuk bangkit mencari kemenangan berdepan Mexico awal pagi esok. - AFP

LUSAIL – Argentina bertekad untuk bangkit menebus maruah menjelang aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia 2022 menentang Mexico di Stadium Lusail awal pagi esok.

La Albiceleste yang tewas mengejut 1-2 kepada Arab Saudi baru-baru ini, wajib mencatat kemenangan ke atas Mexico sekiranya mahu menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Kapten Argentina, Lionel Messi menegaskan, mereka sudah mempelajari pengajaran berguna dan berharap mereka dapat mengelak daripada mengalami nasib yang sama.

“Kami perlu menang. Sekarang ia terpulang kepada kami untuk memperbaiki kesilapan dan kembali ke tahap sebenar pasukan ini,” katanya.

“Sekarang bukan masa untuk mencari salah dan semua pemain tidak boleh mengurangkan keyakinan mereka. Kami tidak boleh menyerah kalah dan akan cuba tewaskan Mexico,” kata bintang Paris Saint-Germain itu.

Nada sama disuarakan pe­ngendali Argentina, Lionel Scaloni yang menaruh kepercayaan tinggi terhadap kebangkitan anak-anak buahnya untuk kembali memegang status sebagai pasukan pilihan kejohanan.

“Kami tak boleh benarkan lagi gawang dibolosi dua gol dalam tempoh lima minit seperti sebelum ini. Sudah tentu kami kecewa, tetapi ia perlu diteruskan.

“Apa yang kami boleh lakukan sekarang adalah memenangi perlawanan seterusnya menentang Mexico,” jelas Scaloni.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan lebih memihak kepada Argentina dengan enam kemenangan dan hanya sekali tewas kepada Mexico iaitu 0-1 sewaktu sai­ngan Copa America 2004.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI