fbpx

Pekerja asing dibenarkan untuk sub sektor gudang darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majikan di seluruh negara sudah mula dibenarkan untuk menggaji pekerja warga asing dalam sektor kecil gudang darat yang telah berkuat kuasa dengan serta merta.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, langkah itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Ke-7 antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia.

“Kerajaan juga bersetuju memperluaskan syarat dan kriteria kelayakan kuota penggajian di bawah sub sektor ini kepada peniaga runcit.

“Kementerian juga akan bertindak selaku agensi kawal selia untuk kedua-dua sub sektor ini bagi peniaga dengan keluasan lantai kurang 2,500 meter persegi,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan di sini tadi.

Susulan kebenaran itu, mereka dapat menggaji pekerja asing dengan memohon kuota baharu yang telah dibuka dan permohonan boleh dibuat majikan melalui laman www.fwcms.com.my.

Bagaimanapun jelas kenyataan itu, jika ada sebarang pertanyaan, majikan tersebut diminta supaya menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran Kementerian Sumber Manusia.

Bagi sub sektor gudang darat, majikan diminta agar berurusan dengan Unit Logistik Perdagangan, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa di Kementerian Pengangkutan.

Untuk sub sektor borong dan runcit, ,majikan diminta menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran Perniagaan dan Industri Perkhidmatan menerusi e-mel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI