fbpx

Verstappen atasi pendapatan Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN kini meraih pendapatan tertinggi sejurus pemandu Red Bull tersebut melakar gelaran dunia F1 buat kali kedua berturut-turut. – AFP

LONDON – Pelumba Belanda, Max Verstappen kini menduduki tangga teratas senarai pendapatan tertinggi berdasarkan statistik Forbes sejurus pemandu Red Bull itu melakar gelaran dunia Formula Satu (F1) buat kali kedua berturut-turut.

Data Forbes itu menunjukkan pemandu berusia 25 tahun itu mengatasi pemandu Mercedes, Lewis Hamilton selepas Verstappen melakar 15 kemenangan daripada 22 perlumbaan musim ini.

Namun, Forbes mendedahkan, Hamilton meraih gaji ter­tinggi dengan juara dunia F1 tujuh kali itu memperoleh £45.6 juta (RM250.29 juta) setahun tanpa sebarang bonus selepas gagal meraih gela­ran dunia.

Verstappen pula meraih kira-kira £33.2 juta (RM182.23 juta) dan bonus tambahan pada 2022 berjumlah £16.6 juta (RM91.12 juta), sekali gus meletakkannya di depan Hamilton.

Hamilton dijangka memperbaharui kontrak bersama Mercedes yang membolehkannya menerima kenaikan gaji atau klausa bonus tambahan.

Tidak hairan, dua ikon F1 itu dilihat tiada tekanan terutama soal pendapatan, malah memberi sepenuh tumpuan kepada perebutan gelaran dunia F1.

Sementara itu, Fernando Alonso di kedudukan ketiga tertinggi dalam senarai pendapatan tertinggi berjumlah £24.9 juta (RM136.67 juta).

Pemandu Mexico, Sergio Perez di tangga keempat selepas Red Bull menawarkan gaji bernilai £8.3 juta (RM45.56 juta) dan memberi bonus tambahan £13.3 juta (RM73 juta).

Pemandu terbaik Ferarri, Charles Leclerc jatuh di tangga kelima dengan £19.1 juta (RM104.84 juta), sekali gus mengatasi Sebastian Vettel yang bersara musim ini dengan nilai £14.1 juta (RM77.39 juta) pada tahun terakhirnya.

Pemandu Sepanyol, Carloz Sainz meraih £12.4 (RM68.06 juta), manakala Lando Norris dan George Russell menduduki tangga ke-10 meraih pendapatan masing-masing berjumlah £9.1 juta (RM49.95 juta) dan £8.3 juta (RM45.56 juta).

Forbes menjelaskan, mereka memperoleh angka-angka tersebut berdasarkan kajian menerusi dokumen kewangan, media, serta maklumat daripada sumber industri perlumbaan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI