fbpx

Sabah umum Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,000 buat penjawat awam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ihsan JKM Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada seramai 20,271 orang penjawat awam negeri.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor memaklumkan bantuan khas berkenaan akan dibayar pada bulan Januari 2023.

“Bayaran bantuan ini juga diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak selain bagi persiapan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Selain itu, bantuan khas sebanyak RM500 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Pesta Kaamatan turut akan diberikan dan dibayar pada bulan April 2023.

“Kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam. Kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memberi semua bantuan khas ini kepada penjawat awam negeri menerusi Belanjawan 2023,” katanya ketika Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2023 hari ini.

Mengulas lanjut, Hajiji turut berharap dengan pemberian insentif berkenaan, semua penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih dalam memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI