fbpx

Piala Malaysia 2022: LRT operasi hingga 1 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 esok, waktu operasi perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi.

Rapid Rail dalam kenyataannya berkata, lanjutan waktu itu bagi menyokong keperluan pengguna untuk menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia.

“Orang ramai dinasihat menggunakan kad Touch ‘N Go untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar.

“Operasi stesen-stesen sambungan akan juga turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis menjangkakan seramai 80,000 penonton dijangka membanjiri SNBJ bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di sini, malam esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk.

Jelasnya, ini bagi memastikan tiada barang larangan dan berbahaya dibawa masuk oleh penyokong. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI