fbpx

Penjawat awam Negeri Sembilan sambut baik Belanjawan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali.

PETALING JAYA – Penjawat awam Negeri Sembilan menyambut baik beberapa insentif khas yang diberikan kepada mereka susulan pembentangan Belanjawan 2023 negeri itu, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik berkata, dengan penetapan itu, beliau menyeru agar semua penjawat awam berganding bahu memberikan perkhidmatan terbaik bagi mengembalikan semula kegemilangan negeri.

“Saya mewakili seluruh penjawat awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih susulan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 hari ini.

“Ini adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan kecemerlangan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, selain Bantuan Khas Kewangan (BKK), mereka yang layak akan menerima kemudahan pinjaman pembelian komputer dan kenderaan tanpa faedah untuk tahun ketiga.

“Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan melalui SPTB PLUS (SKHT) dan perluasan e-DOKET.

“Ia adalah bagi meningkatkan kecekapan kutipan hasil negeri dan membolehkan urusan pentadbiran dibuat secara dalam talian,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan agar semua penjawat awam agar berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mempertingkat produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan Melunas Janji Menggalas Harapan yang menyediakan sembilan bidang dengan 64 inisiatif bagi membantu rakyat.

Antaranya termasuk pemberian BKK satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 melibatkan seramai 5,599 orang penjawat awam negeri itu yang mana akan dibayar pada Januari dan April 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI