fbpx

Netizen wanita rela ‘ditangkap’ polis tampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS itu duduk di hadapan botol-botol susu yang dicuri. - Polis Utara Glasgow/SWNS

LONDON – Seorang anggota polis tampan yang dirakam berada di satu lokasi jenayah di Britain tular selepas gambarnya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ramai netizen ingin ‘menyerah diri’ untuk mendapatkan janji temu dengannya selepas melihat gambar tersebut. 

Gambar itu memaparkan anggota polis berkenaan berdiri berhampiran kira-kira 30 botol susu yang dicuri. Ia dimuatnaik di laman Twitter oleh Polis Utara Glasgow pada Selasa lalu.

Dua suspek akan didakwa berhubung kes kecurian tersebut di kawasan Milton, Glasgow.

Pengguna Twitter bagaimanapun lebih memberi tumpuan kepada anggota polis berkenaan berbanding jenayah yang dilaporkan.

“Saya ingin menyerah diri secara khusus kepada anggota itu,” kata seorang netizen.

“Kenapa dia sangat tampan,” kata netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI