fbpx

Makcik ‘rempit’ tunggang motosikal buat aksi Superman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu dirakam memandu laju di jalan raya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita melakukan aksi berbahaya ketika menunggang sebuah motosikal di jalan raya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Wanita itu dirakam menunggang motosikal dengan melakukan aksi ‘Superman’ di jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Dia dilihat mengangkat kakinya ke belakang dan diletakkan di atas tempat duduk. Tangan kirinya pula digenggam dan diangkat ke hadapan.

Perakam yang mengekori wanita itu ketawa apabila dia berjaya memotong beberapa kenderaan lain dan memandu dengan laju walaupun tidak memakai topi keledar.

Video itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Kebahagian orang berbeza-beza tetapi aksi itu agak lain,” kata seorang netizen.

“Sepatutnya kena saman,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI