fbpx

Lelaki mengamuk hunus parang syak isteri curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan membawa sebilah parang sebelum mengejar seorang lelaki disangka kekasih isterinya. – Rakyat Bengkulu

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi kecoh apabila seorang lelaki mengamuk sambil membawa sebilah parang kerana mengesyaki isterinya bermain kayu tiga, lapor laman berita iNews Babel semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan, seorang lelaki berbaju biru dilihat membawa sebilah parang di hadapan sebuah tadika dalam keadaan marah.

Dia kemudian membuka baju sebelum masuk ke dalam kawasan tadika lalu mengejar seorang lelaki lain yang didakwa kekasih gelap isterinya.

Beberapa individu yang turut berada di situ cuba menenangkan lelaki yang sedang mengamuk itu.

Menurut maklumat, peristiwa itu terjadi di kawasan tadika yang terletak berhadapan dengan pejabat Ketua Kampung Kandang Mas, Kota Bengkulu dalam wilayah Bengkulu.

“Kejadian berlaku pada 9 November lalu namun, ia baru menjadi tular di media sosial beberapa hari lepas,” kata Ketua Kampung Kandang Mas, Khairullah. 

Tambah Khairullah, lelaki dalam video tersebut ialah penduduk daerah itu namun, punca kejadian  dapat diselesaikan dan ia hanya salah faham.

“Mereka sudah menyelesaikan hal tersebut antara keluarga. Keluarga kedua-dua belah pihak juga telah berdamai dan meminta masyarakat agar tidak lagi menyebarkan video tersebut,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI