fbpx
Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi tadi untuk sesi ‘clock in’ sebagai memulakan tugas Perdana Menteri hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

[VIDEO] Anwar Ibrahim tiba di Putrajaya, ‘clock in’ jawatan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 24 tahun untuk berada di Bangunan Perdana Putra akhirnya berjaya direalisasikan apabila beliau bakal menyempurnakan sesi ‘clock in’ bagi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri pagi ini.

Anwar yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi tadi bagi memulakan tugas sebagai pemimpin utama kerajaan selepas dilantik memegang jawatan itu semalam.

Beliau turut mengambil kesempatan melambai kepada petugas media yang menunggu di luar Bangunan Perdana Putra tadi.

Sesi ‘clock in’ tugas Perdana Menteri yang akan disempurnakan Anwar itu sekali gus membuka lembaran baharu pentadbiran beliau di Putrajaya yang diwakili kerajaan perpaduan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Selepas itu, beliau juga dijangka mengadakan satu sidang akhbar khas selain turut dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra Putrajaya.

Antara dijangka menjadi tumpuan pada sidang akhbar hari ini termasuklah pembentukan barisan Kabinet Anwar selain beberapa isu pasca PRU15 yang lain.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali tiba di Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 8.16 pagi.

Semalam, Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri diadakan pada pukul 5 petang di lstana Negara. – KOSMO! ONLINE

POPULAR