fbpx

80 institusi pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan sudah berdaftar dengan Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alimuddin (tengah) ketika mengendalikan Townhall Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Wilayah Persekutuan, hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 80 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di sekitar Wilayah Persekutuan sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga kini.

Jawi berkata, ia membabitkan 31 buah institusi tahfiz, lima buah sekolah menengah agama, sebuah
institusi pondok, 31 buah sekolah rendah agama dan 12 buah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menurutnya, pendaftaran itu penting demi memastikan kemudahan pembelajaran kondusif serta silibus yang ditawarkan selaras dengan pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekali gus memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi.

“IPIS berperanan dalam menyediakan peluang kepada anak-anak di Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pendidikan agama tersusun dan terancang,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sepanjang tahun lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan dana berjumlah RM25 juta bertujuan melancarkan pengurusan IPS di bawah selian Jawi.

Terdahulu, Jawi telah menganjurkan program sesi Townhall Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan susulan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Kali ke-57.

Program itu dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Program itu penting bagi berkongsi maklumat berkaitan dasar-dasar semasa Pendidikan Islam serta menjadi platform bagi mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan IPS di Wilayah Persekutuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI