fbpx

Video ‘panas’ Ismail Izzani di kelab malam tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Izzani gagal dihubungi selepas beberapa hari tular video memaparkan lelaki miripnya berciuman dengan seorang wanita seksi di kelab malam.

PETALING JAYA – Selepas terpalit dengan tuduhan menghamilkan seorang gadis, nama penyanyi Ismail Izzani kembali hangat apabila tular video memaparkan aksi lelaki didakwa miripnya ghairah berciuman dengan seorang wanita di kelab malam.

Menerusi video yang tular sejak beberapa hari lalu tersebut, lelaki yang mirip seperti Ismail, 22, itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk memeluk dan mencium pipi serta leher seorang wanita.

Video jelik yang tular sejak kelmarin tersebut menyebabkan peminat dan netizen menyerang akaun Instagram milik penyanyi itu dengan meninggalkan pelbagai kata-kata kecaman.

“Kecewa dengan dia (Ismail). Kaki kelab rupa-rupanya,” kata seorang peminatnya.

“Dulu lain, sekarang lain. Kalau Allah SWT tarik nikmat, semuanya boleh berubah. Kembalilah ke jalan yang benar,” kata seorang lagi netizen.

“Mail, saya peminat awak. Saya sokong semua lagu awak. Tapi bila jadi kes begini, memang kecewa sangat.

“Awak kena ingat kita ada agama. Ada benda boleh buat, ada benda tidak boleh,” ujar seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen meninggalkan komen berbaur sinis apabila turut mengheret nama ibunya, Datin Suliza Salam.

Netizen menyindir penyanyi era 1980-an itu yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan lebih mengenali anaknya.

“Itu bukan anak saya. Saya kenal anak saya macam mana,” sindir seorang netizen.

“Apa kata mak awak nanti? Saya kenal anak saya,” perli seorang pengguna Instagram.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada pelantun Luar Biasa itu bagaimanapun tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak dijawab.

Baru-baru ini, nama Ismail hangat diperkatakan selepas dia dituduh terlanjur dengan seorang gadis sehingga menyebabkan hamil luar nikah.

Tampil mempertahankan anaknya, Suliza menepis sekeras-keras dakwaan tersebut kerana percaya Ismail yang dikenali dengan panggilan Mael tidak melakukan perkara terkutuk tersebut.

“Dia (Ismail) tak ada masa nak buat seks rambang. Dia pun ada agama,” jelas Suliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI