fbpx

Polis siasat dakwaan penghinaan laungan azan di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang pengguna Facebook yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

LUMUT – Polis membuka kertas siasatan terhadap hantaran dalam Facebook yang didakwa menghina laungan azan yang dilaungkan di sebuah masjid di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, hantaran tersebut telah menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama Islam.

Menurut beliau, perbuatan tersebut juga boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menerima satu laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang semalam mengenai penularan satu ciapan di dalam ruangan aplikasi Facebook mengenai penghinaan terhadap laungan azan di sebuah masjid dalam daerah Manjung.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Jacky Chan’ yang memuat naik ciapan berkenaan.

Nor Omar menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan di kalangan masyarakat.

Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Terdahulu, tular ciapan ditulis ‘Jacky Chan’ yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan laungan azan didakwanya terlalu kuat sehingga mengganggu dia tidur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI