fbpx

PM10: Cuti umum Isnin depan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang media pertama Anwar sebagai Perdana Menteri yang diadakan malam ini

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari cuti umum pada Isnin susulan kejayaannya menerajui kerajaan baharu.

Anwar pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri malam ini berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin.

“Tetapi hari Isnin hari itu belum beres, maka hari ini sudah beres baru kita bawa ke Isnin minggu depan,” katanya.

Terdahulu, Anwar sebelum ini yakin bahawa beliau yang akan mengumumkan cuti umum selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diperoleh pada 19 November nanti.

Keyakinan Pakatan Harapan (PH) akan memenangi PRU15 dan beliau akan menjadi Perdana Menteri itu diucapkannya ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Mega Harapan di Dataran Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan pada 7 November lalu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan perpaduan diterajui beliau meletakkan tiga komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut beliau, dengan jumlah induk itu kekuatan PH sebagai blok terbesar dalam Parlimen diikuti BN (30)  dan GPS (22).

“Kami dapat pengesahan daripada Abang Johari bahawa mereka bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Maka, soal kestabilan tidak berbangkit. Turut disertai Warisan, Muda, dan Bebas,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penyertaan parti-parti yang lain.

“Saya tetap bersedia menerima semua yang lain untuk menjadikan negara ini satu.

“Saya menunggu rakan-rakan dari Perikatan Nasional (PN) walaupun kenyataan pengerusinya kurang memberangsangkan,” ujarnya.

Anwar turut memaklumkan sidang Parlimen akan dibuat pada 19 Disember ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI