fbpx

Penjual daun ketum rempuh polis elak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang suspek merempuh seorang anggota polis di Jalan Kampung Batu Papan, Gua Musang semalam. - Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang penjual daun ketum yang merempuh seorang anggota polis berjaya ditahan di Jalan Kampung Batu Papan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, suspek berusia 27 tahun terjatuh daripada motosikalnya tidak jauh dari lokasi tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggotanya melihat sebuah motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang suspek dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan cegah jenayah.

Menurutnya, semasa polis menahan suspek untuk pemeriksaan, lelaki itu memecut motosikalnya. Motosikal suspek merempuh salah seorang anggota polis sebelum terbabas. Suspek terjatuh dan ditahan polis.

“Anggota polis yang dilanggar cedera di kaki manakala suspek pula cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan di dalam bakul motosikal itu menjumpai satu plastik berisi daun ketum seberat satu kilogram.

Suspek mempunyai lapan rekod lampau berkait kes dadah dan tiga kes di bawah Seksyen (30) (3) Akta Racun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI