fbpx

Pemandu terselamat dari ajal, Kancil nyaris dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang nyaris dihempap sebatang pokok besar

PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila sebatang pokok besar nyaris menghempap kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya dalam kejadian di Ipoh pagi tadi.

Video kejadian yang berdurasi 27 saat itu dimuat naik pengguna TikTok, @am_amy414 yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Sebatang pokok besar nyaris menghempap kereta Kancil yang dikatakan ditebang seorang pekerja asing. Alahai seperti tikus membaiki labu. Mujur kereta itu sempat berlalu,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter menganggap kejadian itu sebaliknya aoabila menyifatkan kenderaan itu seperti haiwan kancil yang pintar.

“Kasihan nasib Kancil, di manakah agaknya dia hendak tinggal selepas ini apabila habitatnya telah dimusnahkan,” kata seorang pengguna.

“Jikalau hendak menangkap kancil sekalipun, usahlah membuat perangkap seperti itu. Mudah benar kancil yang bersaiz kecil hendak lalu di bawah pokok tersebut,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang mempersoalkan tindakan pemotong pokok yang dianggap sembrono ketika melakukan kerja sehingga membahayakan nyawa orang lain.

“Bahaya sungguh seeloknya perhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu,” pesan seorang netizen.

Pada waktu sama, seorang pengguna mengingatkan untuk tidak terlalu terhibur kerana situasi seumpama itu boleh membahayakan nyawa orang lain.

“Syukurlah jika tidak berlaku apa-apa kemalangan. Seandainya kemalangan berlaku, siapalah agaknya yang akan dipersalahkan,” ujar seorang pengguna.

Hantaran itu meraih 275,200 tontonan dan 6,936 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI