fbpx

Pegawai polis layan Piala Dunia dengan tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pegawai polis sedang menonton perlawanan bola sepak bersama sekumpulan tahanan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pegawai polis di Indonesia yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan meraih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik pegawai polis itu sendiri, memaparkan beberapa tahanan sedang menonton perlawanan bola sepak melalui tirai besi.

Dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’, video itu telah tular dan meraih perhatian orang ramai, sekali gus mengundang pelbagai komen yang memuji tindakan pegawai tersebut.

“Saya hormat dengan abang, mereka juga memerlukan informasi dan perkembangan dunia luar contohnya hiburan seperti ini,” komen seorang pengguna TikTok.

“Mereka juga manusia, tiada berbeza dengan kita semua, cuma mereka ada salah dalam dunia sementara, tabik hormat untuk awak tuan,” komen pengguna TikTok yang lain.

“Terima kasih kerana menjadi orang baik, jangan bosan jadi orang baik, mungkin mereka ini akan menolong abang jika mereka keluar penjara suatu hari nanti,” komen pengguna TikTok itu.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa perlu ada sifat kemanusiaan dalam apa jua perkara kerana semua manusia itu tidak sempurna dan bukan tugas manusia untuk menghakimi mereka.

“Saya tidak bangga dengan duit yang abang ada, pangkat yang abang sandang tapi saya bangga dengan sifat kemanusiaan abang dalam memanusiakan manusia,” komen pengguna yang lainnya.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 5 juta tontonan, 533,200 tanda suka dengan 2,900 perkongsian dan meriah dengan respon positif daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI