fbpx

Mahkamah: Syukur dan puas hati dapat peluang bercerita – Amelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelia ketika ditemui selepas prosiding kes di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Amelia Henderson melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang menceritakan segalanya di mahkamah.

Kata Amelia, 27, dia turut berpuas hati dengan keterangan yang diberikan kepada mahkamah hari ini.

“Rasa sangat bersyukur, saya ada peluang untuk ceritakan di pihak saya. Sekarang kes (bicara) sudah tutup, kita beri mahkamah masa untuk buat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas perbicaraan hari terakhir kes saman pelanggaran kontrak di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amelia turut mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuknya.

Pada prosiding sebelum ini, Amelia ketika ditemui berkata, dia akan memberi kenyataan bagi menjelaskan mengenai kes saman tersebut.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan menetapkan 23 Disember ini untuk hujahan secara lisan kedua-dua belah pihak.

Sepanjang perbicaraan, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk pengarah produksi filem A.Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia selesai memberi keterangan.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Bagaimanapun saman melibatkan A. Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI