fbpx
SIARAN Piala Dunia Qatar 2022 akan diputuskan jika Thailand gagal mengetatkan keselamatan isyaratnya. - Thaiger

FIFA beri amaran sekat siaran Piala Dunia di Thailand selepas akses haram dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggesa Thailand mengetatkan sistem keselamatannya untuk siaran Piala Dunia Qatar 2022 selepas akses isyarat Bangkok dikesan telah digunakan di negara-negara lain, lapor laman berita Thaiger semalam.

FIFA memberi amaran bahawa siaran Thailand akan dihentikan jika negara itu gagal mematuhi peraturan dan mengetatkan aspek keselamatan.

Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT) sebelum ini mengumumkan bahawa akses kepada isyarat penyiaran negara tersebut telah bocor. Isyarat itu dikesan di negara-negara yang melanggar syarat FIFA.

FIFA kemudian menggesa pengendali penyiaran Bangkok mengetatkan sistem keselamatan dengan mematuhi cadangan mereka secepat mungkin. Jika tidak, isyarat akan diputuskan dan skrin tiada siaran.

SAT telah menjemput Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara (NBTC) menghadiri mesyuarat pukul 4 petang (waktu tempatan) kelmarin. Kesimpulan dan butiran mengenai isu tersebut akan dikemas kini kemudian oleh SAT.

FIFA pada awalnya mengenakan bayaran 1.6 billion baht (RM201.08 juta) kepada Thailand untuk akses tersebut. Setelah rundingan, FIFA bersetuju mengurangkan bayaran sebanyak 200 juta baht (RM25.1 juta), tetapi Bangkok masih bergelut dari segi pembayaran.

Thailand memeterai perjanjian itu dua hari sebelum Piala Dunia 2022 dimulakan dengan meminta dana sektor swasta. Syarikat minuman, PTT dan True Corporation akhirnya bersetuju untuk membantu Thailand. – Agensi

 

POPULAR